? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 25 Jun 2009

Sejarah Pembukaan Kawasan

KAMPUNG KUALA PAJAM, 43700 BERANANG SELANGOR
SEMPADAN JALAN DI ANTARA KG. JALAN ENAM KAKI DAN KG. KUALA PAJAM

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, Orang-orng cina dari kampung Ghee Hind an Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah

Sebahagian dari orang-orang cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam Sekarang ini.

Pada tahun 1874 masihi. Salah seorang daripada anak Dato` Kelambu dari Sungai Kelambu Kuala Langat bernama Dato` Kentong dan pengikut-pengikutnya telah datang ke bahagian Hilir Sungai Pajam membuka hutan untuk menjadikan kampung. Kampung ini dinamakan Kampung Kuala Pajam kerana pertemuan antara Sungai Pajam dengan Sungai Beranang.

Peringkat Kedua pembukaan Kampung Kuala Pajam ini dilakukan oleh orang-orang melayu dari Berisu Melaka dan dari Linggi Negeri Sembilan, orang-orang Minangkabau dari Bangai atau Bangi serta orang-orang Jawa bekas pekerja jalan keretapi Kuala Lumpur ke Seremban yang diketuai oleh Raden Dinengrat Joyo Kosumo Nogoro atau dikenali sebangai Hj. Husin dating membuka hutan untuk dijadikan tempat kediaman hingga Bukit Kota.

Pembukaan Kampung Kuala Pajam ini sungguh istimew kerana sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Semata turut membuka hutan untuk dijadikan kampong yang diberikan nama Kampung Sungai Semata. Malangnya kumpulan asli ini tidak dapat menyesuaikan diri hidup berkampung lalu berpindah ke Hutan Bukit Tunggul setersnya berpindah pula ke Hutan Sungai Buah.

Akhirnya terbentuklah Kampung Kuala Pajam hasil dari gabungan Kawasan Kuala Pajam, Kawasan Bukit Kota, Kawasan Batu Dua, Bukit Rasiman dan Sungai Semata.

Diantara peneroka yang membuka Kampung Kuala Pajam ialah Dato` Kentong bin Dato` Kelambu, Raden Deningrat Joyo Kosumo Nogoro atau Hj. Husin, Batin Semata, Pajar bin Nara Diraja, Dalit bin Kasim, Ahmad bin Said, Jais bin Buntar, Rasol, Hj. Nasir dan Marno atau Manok. Peneroka yang telah meninggal dunia dikebumikan ditanah perkuburan Bukit Kota. Sebahagian kubur-kubur tersebut masih dikesan sehingga ke hari ini.

Pada awal kurun masihi ke 20, sebuah sekolah melayu telah dibina di kawasan Bukit Kota dan dinamakan Sekolah Melayu Beranang Hilir. Diantara guru-guru yang mula mengajar disekolah ini ialah Mohd Daud bin Haji Mohd Nor, Sapie bin Rasol, Osman bin Abd. Ghani dan Abdulah bin Monok. Pada waktu pemerintahan jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 sehingga tahun 1945 ramai penduduk Bukit Kota berpindah ke tempat lain. Selepas perang dunia kedua , Sekolah Beranang Melayu Hilir dibuka semula sehingga tahun 1950 apabila sekolah ini terpaksa ditinggalkan kerana gangguan pengganas komunis.

Penduduk Kampung Kuala Pajam kemudian bergotong-royong membina sebuah sekolah sementara di hadapan Masjid Kampung Kuala Pajam. Di antara guru-guru yang mengajar di sekolah sementara tersebut adalah Kasim bin Jojok, Rahmat bin Deros, Sabar bin Monok, Omar bin Idrus, Hlijah binti Abu Samah dan Abdul Manaf bin Lapoh.


Perhatian ***
Catatan ini dibuat oleh Hj. Abd. Latif bin Hj. Abd Wahab (Generasi Ketiga Peneroka) pada tahun 1957 yang diambil daripada Abd. Wahab bin Pajar (tarikh lahir TM1880). Generasi kedua peneroka Kampung Kuala Pajam.


0 comments: